Dashboard | +Follow
expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, 1 February 2017

Ketenangan

Sunyi,
Sepi,

Ya, aku mahukan begini,
Tidak bingar,
Seperti dipasar,

Aku mahu tenang,
Aku mahu sendirian,

Bukan aku tidak mahu bercampur,
Cuma aku tidak mahu jiwaku hancur,

Sekali lagi,
Biarkan ia tenang,
Tenang disisi Tuhan,

Bukan bermaksud aku mahu pergi,
Tapi biarlah aku hidup dengan cara sendiri,

Andai ketenangan itu,
Aku dapat sewaktu pemergian ku,
Jangan kau ganggu,
Kerana aku butuh waktu,
Tapi bukan bersamamu.

🍃🍃Tinta Si Niqabis🍃🍃

Cuba Kau Lepaskan

Lepaskan saja tangan yang kau pegang,
Andai betul dia sayang,
Nanti dia datang,

Jika dia hilang,
Bermakna dia hanyalah pantas untuk dikenang,
Bukan untuk disayang,

Cuba kau lepaskan sayang,
Jangan kau pernah membayang,
Nanti sesuatu akan menghalang,

Payah,
Susah,

Biarkan saja angin membawanya terbang,
Agar ia hilang dan terbuang.

🍃🍃Tinta Si Niqabis🍃🍃

Tuesday, 31 January 2017

Jatuh Cinta

Jatuh Cinta.

Kerana matanya,
Aku terpana,
Kerana bibirnya,
Aku mulai tersenyum suka.

Kerana agamanya,
Aku mulai mencintainya,
Kerana sikapnya,
Aku terpesona.

Aduh,
Indahnya.

Tapi kenapa,
Kau tolak aku jatuh merana,
Aku ikhlas menerima,
Kau alih segala bicara.

Orang kata cinta itu indah,
Tapi aku guna pada jalan yang salah,
Resah, gundah,
Kerana jatuh cinta bukanlah mudah.

🍃🍃Tinta Si Niqabis🍃🍃

Sahabat

Orang kata sahabat itu ibarat cermin,
Apa dia boleh buat, kita juga boleh,
Apa kita boleh buat, dia juga boleh.

Sahabat,
Apa yang perlu diriku lakukan,
Untuk engkau selalu datang,
Tatkala aku susah atau senang.

Sahabat,
Dimana kau saat aku dirundum kepiluan?
Dimana kau saat aku kebingungan?
Dimana kau saat aku keresahan?

Tatkala aku kepiluan,
Kau tinggalkan seribu kedukaan,
Mana kebahagiaan?
Diberinya engkau kesinisan.

Pilu.
Resah.

Ingin aku menggapai tangan,
Tapi kau lepas dengan kekasaran,
Punah segala harapan,
Untuk sama-sama menuju kejayaan.

🍃🍃Tinta Si Niqabis🍃🍃

Monday, 30 January 2017

Ketawa

Ketawa dan terus ketawa,
Lupakan saja masalah yang ada,
Bukan kerana tak mahu hadapinya,
Tapi aku juga perlu rehatnya.

Ketawa itu juga pengubat luka,
Lupakan saja apa yang membebankannya,
Jangan terlalu obses memikirkan masalahnya,
Duhai hati yang diselimuti luka.

Orang kata jangan terlalu ketawa,
Nanti hilang apa yang ada,
Bukan apa,
Aku cuma dahagakan bahagia.

Itu saja.

🍃🍃Tinta Si Niqabis🍃🍃

Cinta

Duhai cinta tanpa bernoktah,
Jangan pernah kau berpaling tadah,
Tetapkan hati kau supaya tak tergandah,
Jangan kau pinta sesuatu yang tak mudah,
Kerana ia hanya buatku berdarah.

Andai kau cinta yang bernoktah,
Izinkan aku berpaling tadah,
Bukan kerana aku mengalah,
Tapi untuk apa aku ambil mudah,
Lelah.

Biarlah cinta bernoktah itu menjadi penyudah,
Jangan pernah kau menjadikannya lelah,
Kerana cinta itu indah,
Jangan biar ia menjadi luka berdarah.

🍃🍃Tinta Si Niqabis🍃🍃

Sunday, 29 January 2017

Hati

Assalamualaikum w.b.t. Sekian lama tak menjengah blog ni. Soal hati. Tiada siapa tahu apa yang hati kita rasakan, melainkan Allah yang satu. Hati ini terkadang dia mudah terguris, terbelah dan seumpamanya. Manusia, sentiasa bermain dengan hati. Sampai satu masa, setengah manusia hilang rasa cinta pada manusia di hati. Bukan kerana benci. Tetapi terlalu penat meletakkan nama manusia, sehingga menindih rasa cinta pada Ilahi. Allahurabbi. Kejamkah kita? Kejamkah kita kerana terlalu larut dengan mainan hati manusia sehingga lupa berbalik kepada Tuhan yang Esa. Bila kau rapuh, berpautlah pada Tuhanmu. Bila kau sakit, menangislah dihadapan Tuhanmu. Bila kau terasa perih, meraunglah di dalam sujud kepada Tuhanmu. Hanya padaNya, kau akan menemui ketenangan dihati dikala kau dirundung kepiluan yang manusia berikan. Kau kuat dengan semua ujian Allah. Kau mampu menghadapinya. Bukan hati yang diuji sebenar-benarnya, tetapi iman kau yang sedang diujiNya. Jangan lemah. Disaat lemah, syaitan mulai mendekati. Kau akan mula lupa kepada Tuhan kau. Kau salahkan seseorang itu, kerana dia punca segalanya. Sedangkan, bukan itu yang kau marahkan. Tetapi jiwa kau dikuasai syaitan. Supaya kau sesat. Dan kau mula hilang punca. Akhirnya kau menyalahkan apa yang ada di hadapan kau. Manusia itu hanya dunia. Letakkanlah cintamu pada Ilahi. Semoga Rabbmu memberikan yang terbaik. Cinta hakiki, agar nanti syurgawi menjadi milikmu.

Ku pendam seribu luka.
Kan ku berikan senyuman suka.
Kerana aku kuat dalam duka.
Aku takkan mudah celaka,
Dari semua sandirwara dunia.
Yang hanyalah sementara. 
Cinta Ilahi pengubat lara.
Akan aku temui bahagia disana.