Dashboard | +Follow
expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, 1 February 2017

Ketenangan

Sunyi,
Sepi,

Ya, aku mahukan begini,
Tidak bingar,
Seperti dipasar,

Aku mahu tenang,
Aku mahu sendirian,

Bukan aku tidak mahu bercampur,
Cuma aku tidak mahu jiwaku hancur,

Sekali lagi,
Biarkan ia tenang,
Tenang disisi Tuhan,

Bukan bermaksud aku mahu pergi,
Tapi biarlah aku hidup dengan cara sendiri,

Andai ketenangan itu,
Aku dapat sewaktu pemergian ku,
Jangan kau ganggu,
Kerana aku butuh waktu,
Tapi bukan bersamamu.

🍃🍃Tinta Si Niqabis🍃🍃

Cuba Kau Lepaskan

Lepaskan saja tangan yang kau pegang,
Andai betul dia sayang,
Nanti dia datang,

Jika dia hilang,
Bermakna dia hanyalah pantas untuk dikenang,
Bukan untuk disayang,

Cuba kau lepaskan sayang,
Jangan kau pernah membayang,
Nanti sesuatu akan menghalang,

Payah,
Susah,

Biarkan saja angin membawanya terbang,
Agar ia hilang dan terbuang.

🍃🍃Tinta Si Niqabis🍃🍃