Dashboard | +Follow
expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, 29 January 2017

Hati

Assalamualaikum w.b.t. Sekian lama tak menjengah blog ni. Soal hati. Tiada siapa tahu apa yang hati kita rasakan, melainkan Allah yang satu. Hati ini terkadang dia mudah terguris, terbelah dan seumpamanya. Manusia, sentiasa bermain dengan hati. Sampai satu masa, setengah manusia hilang rasa cinta pada manusia di hati. Bukan kerana benci. Tetapi terlalu penat meletakkan nama manusia, sehingga menindih rasa cinta pada Ilahi. Allahurabbi. Kejamkah kita? Kejamkah kita kerana terlalu larut dengan mainan hati manusia sehingga lupa berbalik kepada Tuhan yang Esa. Bila kau rapuh, berpautlah pada Tuhanmu. Bila kau sakit, menangislah dihadapan Tuhanmu. Bila kau terasa perih, meraunglah di dalam sujud kepada Tuhanmu. Hanya padaNya, kau akan menemui ketenangan dihati dikala kau dirundung kepiluan yang manusia berikan. Kau kuat dengan semua ujian Allah. Kau mampu menghadapinya. Bukan hati yang diuji sebenar-benarnya, tetapi iman kau yang sedang diujiNya. Jangan lemah. Disaat lemah, syaitan mulai mendekati. Kau akan mula lupa kepada Tuhan kau. Kau salahkan seseorang itu, kerana dia punca segalanya. Sedangkan, bukan itu yang kau marahkan. Tetapi jiwa kau dikuasai syaitan. Supaya kau sesat. Dan kau mula hilang punca. Akhirnya kau menyalahkan apa yang ada di hadapan kau. Manusia itu hanya dunia. Letakkanlah cintamu pada Ilahi. Semoga Rabbmu memberikan yang terbaik. Cinta hakiki, agar nanti syurgawi menjadi milikmu.

Ku pendam seribu luka.
Kan ku berikan senyuman suka.
Kerana aku kuat dalam duka.
Aku takkan mudah celaka,
Dari semua sandirwara dunia.
Yang hanyalah sementara. 
Cinta Ilahi pengubat lara.
Akan aku temui bahagia disana.


No comments:

Post a Comment