Assalamualaikum. Harini nak cerita soal jodoh. Kita ni sibuk jodoh dengan manusia. Terlupa jodoh kita dengan ajal. Manusia. Datang dan pergi. Kadangkala, datang tidak dijemput, pergi tidak dihalau. Hati perih, pedih. Saya lebih rela lepaskan cinta saya, lebih baik jauh dari cinta tu, supaya suatu hari nanti saya tak kecewa ditinggalkan. Menangis dan membazir air mata. Sakit. Pedih. Hancur. Lebih baik saya fikirkan jodoh saya dengan ajal. Datang kerana dijemput oleh Allah. Pedih mungkin kerana dosa yang susah ditarik. Bila dah ajal, takda lagi nak sedih soal cinta. Hanya menunggu balasan cinta dari yang Agung. Itu terbaik. Sekarang. Saya tak kisah jodoh saya dengan siapa.. tak dengan orang yang dicintai pun tak mengapa. Biar Allah tentukan. Saya nak si dia bahagia dengan cara dia. Saya takda hak untuk menghalang. Kehidupan dia, kewangan dia, saya takkan kacau. Cinta perlukan pengorbanan. Saya akan korbankan cinta saya supaya dia bahagia disisi orang yang dia mahukan. Saya mungkin memilih untuk bernikah awal, sebab saya fikirkan dosa yang makin bertambah. Memikirkan cinta yang tak dihalalkan. Fikirkan cinta yang tak diredhai oleh Allah. Saya lebih nak elakkan zina. Nak elak fitnah dunia kalau boleh. Bukan kerana gatal atau mengada. Tetapi saya memikirkan keredhaan Allah. Kalau si dia tak memahami, tak mengapa. Saya bukan memaksa. Bagi saya, lebih baik berkawan saja. Saya taknak disakiti jika dia bergelar yang istimewa.. Permintaan saya, ingin dia menjadi sahabat. Jodoh dengan dia? Biar Allah aturkan.. Jika tiada jodoh saya dengannya, saya redha.. Andai takdir saya dijodohkan dengan ajal, saya harap Allah berikan dia jodoh yang baik dan solehah. Aamiin. :')