Sunyi,
Sepi,
Ya, aku mahukan begini,
Tidak bingar,
Seperti dipasar,
Aku mahu tenang,
Aku mahu sendirian,
Bukan aku tidak mahu bercampur,
Cuma aku tidak mahu jiwaku hancur,
Sekali lagi,
Biarkan ia tenang,
Tenang disisi Tuhan,
Bukan bermaksud aku mahu pergi,
Tapi biarlah aku hidup dengan cara sendiri,
Andai ketenangan itu,
Aku dapat sewaktu pemergian ku,
Jangan kau ganggu,
Kerana aku butuh waktu,
Tapi bukan bersamamu.
🍃🍃Tinta Si Niqabis🍃🍃
No comments:
Post a Comment