
Menutup aurat membezakan kita dengan orang yahudi.
Sedih tengok wanita zaman sekarang. Kebanyakkannya kembali ke zaman purba. Separuh bogel. Kadang terfikir, tak sayang suami ke? Tak sayang ayah ke? Tak sayang adik lelaki ke? Tak sayang abang sendiri ke? Kalau tak tutup aurat sampai ke kiamat, bayangkan terseksanya orang tersayang terpaksa ditarik bersama ke dalam neraka akibat kesalahan si hawa. Kalau sayang diorang, tutuplah aurat awak tu. Tak susah pun. Tudung baru 10 ringgit. Tak mahal mana pun. Yang awak pergi rebonding rambut semua tu, lagi membazir. Mahal dah sepasal. Yelah membazir. Kalau tak tutup? Kat neraka, dibakar juga rambut tu. Lawa manapun rambut awak, kalau Allah dah tetapkan hukuman binasa untuk awak, tetap ia takkan mengubah apa-apa. Melainkan awak ubah diri tu. Tak rugi la girls. Tak susah pun untuk ubah. Bergantung pada niatlah kan. Kalau niat nak riak depan umum, bukan ubah namanya. Tapi kalau niat kerana Allah, inshaAllah kita sentiasa diberikan ruang. Tutup jelah aurat awak tu. Start dari pakai tudung yang labuh paras pusat, then baju labuh and pakai handsock. Lepastu pakailah stokin. Selesai. Saya bagi step lagi. Mudah je. Senang sangat nak sempurnakan aurat ni. Panas tu sekejap aje, bukan selamanya. Macam hidup didunia ni, kejap je sebab dunia ni hanya sementara. Kat syurga nanti, sejuk je rasanya. Nikmat sangat. Tutup aurat juga mampu jauhkan kita dari zina dan godaan syaitan. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment